Walaupun anda seorang lelaki, kemungkinan untuk diserang barah payu dara tetap ada, apatah lagi jika anda obes dan lahir dalam keluarga yang memiliki sejarah penyakit itu.
Umumnya peratusan kes barah payu dara lelaki agak kecil iaitu 1% dalam semua kes barah payu dara. Bagaimanapun, kerana kebanyakan lelaki beranggapan barah payu dara itu penyakit wanita, ada yang tidak mempedulikan simptom yang ada pada mereka. Akhirnya, apabila pesakit lelaki datang mendapatkan rawatan kebanyakan mereka sudah berada di tahap akhir.
Simptom paling ketara adalah ketulan di payu dara. Disebabkan payu dara lelaki lebih dekat dengan dada, ia lebih mudah merebak berbanding barah payu dara yang menyerang wanita.
Simpton dan Faktor Risiko
Simptom barah payu dara antara lelaki dan wanita juga sama. Ada ketulan kecil di payu dara atau ketiak, lelehan daripada puting atau kulit di payu dara yang termasuk ke dalam membentuk lekuk.
Faktor risiko barah payu dara pada lelaki :
* Berusia
* Memiliki sejarah keluarga yang didiagnos dengan barah payu dara
* Terdedah pada rawatan radiasi
* Penyakit hati yang kronik
* Berhadapan dengan masalah hormon perempuan berlebihan (sindrom klinefelter)
* Obes
Tiada beza rawatan barah payu dara sama ada untuk lelaki atau perempuan. Apa yang perlu ditekankan adalah pada tahap mana barah itu berada. Ada pesakit yang hanya memerlukan pembedahan kecil dan tanpa kemoterapi. Ada juga yang memerlukan rawatan kemoterapi atau terapi hormon.
Alhamdulilah setiap hari dan masa dan setiap ketika malah setiap detik ramai yang SEDAR pentingnya TAKAFUL..bukan semuanya kaya raya tapi mereka sedar kegunaannya dimasa HADAPAN.
Menabung sehari RM7 dalam TAKAFUL, saya yakin ANDA MAMPU !
Bertindak Sekarang !!!
Jika Anda Masih Sihat !!!
Bertangguh!!! Hanya Merugikan Anda
Jaminan Wang Dikembalikan.
Anda Akan Diberi 15 hari,
Untuk Menyemak, Meneliti & Mengkajinya,
Selepas Dapat Polisi.
Jika Anda Tak Berpuas Hati,
Kembalikan semula Polisi dalam tempoh tersebut dan Kami Mesti Pulangkan100% Wang Anda.
Nak tahu detail, wasap untuk PLAN PERCUMA
Hubungi segera :
#suhailas 0133422646
#No1AgencyDiMalaysia
#GreatEasternTakaful
#RGG
No comments:
Post a Comment